adalah perkara biasa dalam hidup itu bimbang meskipun bakal mengganggu aktivitas keseharian.
lalu baghaimana mengatasinya?
cobalah berkongsi hal yang menakutkan dengan orang yang dipercayai
membaca rencana yang ada dan kaitan dengan masalah yang dihadapi
amalan gaya hidup sehat
belajar tentang kemahiran menyelesaikan masalah
belajar untuk tenang
dan agama...
Perasaan bimbang perkara yang bukan-bukan akan berlaku boleh menyebabkan
penyakit depresi atau kemurungan. Pesakit akan mengalami gangguan
penghadaman, cirit birit, hilang selera makan,sakit- sakit seluruh
badan, mudah marah, kecewa, hilang tumpuan berfikir dan mungkin berputus
asa dan berasa keletihan yang amat sangat.
Paling lama penyakit ini akan hilang dengan sendiri selepas 3 bulan.
Beberapa kaedah yang telah digunakan oleh mereka yang biasanya mengalami simpton ini ialah:-
Insya Allah dengan hidayah Allah, mudah-mudahan akan berhasil.
Dari aspek kerohanian, ayat-ayat AlQuraan yang diamalkan ialah dimulai
membaca Fatihah dan diikuti dengan membaca Al-Insyirah (Alam nasrah...)
atau surah Kahfi atau surah Taubah atau Surah Maryam. ( dibaca pada air
mineral) selepas itu minum dan sapukan di dada..
Nikmatilah Hidup hanya pada masa SEKARANG. Maka hendaklah kita berada
dalam waktu yang terbatas. Masa silam perlu dibuang dan gambaran minda
yang negatif pada masa akan datang bukan kita yang menentukan terjadi.
Kita tidak perlu memikirkan perkara yang kita sangka buruk akan berlaku
pada diri. JANGAN campur URUSAN ALLAH. Kita hanya perlu fikirkan
bagaimana menjadikan diri kita dan orang sekeliling mendapat kehidupan
yang terbaik dan laksanakan idea tersebut. Itu Ikhtiar kita. JANGAN
AMBIL KERJA TUHAN!
tutuplah rapat-rapat jangan ada ruang bagi peristiwa buruk pada masa
lampau dan bayangan minda perkara buruk akan datang yang belum tentu
berlaku menyerbu masuk di minda anda.
Sentiasa sibukkan diri anda dengan pekerjaan yang menyeronokkan bagi
anda dan lama kelamaan tiada ruang kesedihan lagi. Begitu juga cara
terbaik ialah fikirkan, rancangkan dan lakukan perkara-perkara yang
boleh mengembirakan orang lain terutama orang yang anda sayangi.
Teknik yang lain ialah Kemukakan 4 pertanyaan
1) Apakah masalahnya? Tulis secara jelas masalah tersebut
2) Apakah yang menyebabkan masalah ini? Cari sebab utama isi masalah
3) Apa dan bagaimana cara selesaikan masalah tersebut. Senaraikan apa sahaja alternatif
4) Pilih saranan terbaik dan lakukan satu persatu
Gunakan tenaga getaran emosi yang positf untuk mencipta keindahan dan
kejayaan hidup. Bukan untuk menghancurkan hidup anda. Setiap orang
berhak untuk menikmati kemanisan hidup.
Ingat! tenaga yang digunakan untuk menghasilkan getaran emosi positif
adalah sama dengan tenaga getaran negatif. Jadi apa perlunya tenaga yang
ada kita gunakan untuk hasilkan getaran emosi negatif?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar