Kamis, 04 Juni 2015

cara mengatasi kelabilan

adalah perkara biasa dalam hidup itu bimbang meskipun bakal mengganggu aktivitas keseharian.

lalu baghaimana mengatasinya?
cobalah berkongsi hal yang menakutkan dengan orang yang dipercayai
membaca rencana yang ada dan kaitan dengan masalah yang dihadapi
amalan gaya hidup sehat
belajar tentang kemahiran menyelesaikan masalah
belajar untuk tenang
dan agama...

Perasaan bimbang perkara yang bukan-bukan akan berlaku boleh menyebabkan penyakit depresi atau kemurungan. Pesakit akan mengalami gangguan penghadaman, cirit birit, hilang selera makan,sakit- sakit seluruh badan, mudah marah, kecewa, hilang tumpuan berfikir dan mungkin berputus asa dan berasa keletihan yang amat sangat.

Paling lama penyakit ini akan hilang dengan sendiri selepas 3 bulan.

Beberapa kaedah yang telah digunakan oleh mereka yang biasanya mengalami simpton ini ialah:-

Insya Allah dengan hidayah Allah, mudah-mudahan akan berhasil.

Dari aspek kerohanian, ayat-ayat AlQuraan yang diamalkan ialah dimulai membaca Fatihah dan diikuti dengan membaca Al-Insyirah (Alam nasrah...) atau surah Kahfi atau surah Taubah atau Surah Maryam. ( dibaca pada air mineral) selepas itu minum dan sapukan di dada..

Nikmatilah Hidup hanya pada masa SEKARANG. Maka hendaklah kita berada dalam waktu yang terbatas. Masa silam perlu dibuang dan gambaran minda yang negatif pada masa akan datang bukan kita yang menentukan terjadi.

Kita tidak perlu memikirkan perkara yang kita sangka buruk akan berlaku pada diri. JANGAN campur URUSAN ALLAH. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana menjadikan diri kita dan orang sekeliling mendapat kehidupan yang terbaik dan laksanakan idea tersebut. Itu Ikhtiar kita. JANGAN AMBIL KERJA TUHAN!

tutuplah rapat-rapat jangan ada ruang bagi peristiwa buruk pada masa lampau dan bayangan minda perkara buruk akan datang yang belum tentu berlaku menyerbu masuk di minda anda.

Sentiasa sibukkan diri anda dengan pekerjaan yang menyeronokkan bagi anda dan lama kelamaan tiada ruang kesedihan lagi. Begitu juga cara terbaik ialah fikirkan, rancangkan dan lakukan perkara-perkara yang boleh mengembirakan orang lain terutama orang yang anda sayangi.

Teknik yang lain ialah Kemukakan 4 pertanyaan
1) Apakah masalahnya? Tulis secara jelas masalah tersebut
2) Apakah yang menyebabkan masalah ini? Cari sebab utama isi masalah
3) Apa dan bagaimana cara selesaikan masalah tersebut. Senaraikan apa sahaja alternatif
4) Pilih saranan terbaik dan lakukan satu persatu


Gunakan tenaga getaran emosi yang positf untuk mencipta keindahan dan kejayaan hidup. Bukan untuk menghancurkan hidup anda. Setiap orang berhak untuk menikmati kemanisan hidup.

Ingat! tenaga yang digunakan untuk menghasilkan getaran emosi positif adalah sama dengan tenaga getaran negatif. Jadi apa perlunya tenaga yang ada kita gunakan untuk hasilkan getaran emosi negatif?